Saturday, May 5, 2012

Beruntungnya Andai memiliki Insan Seperti MU...

untung la orang

perempuan kalau dapat

cari bakal suami gini...



Spesifikasi calon suami

yang bolehlah dibuat

suami:-

1. Solat fardhu cukup 5

waktu.

2. Ada kerja gaji

RM800-1500 ke atas,

boleh bayar rumah sewa,

boleh beli beras, boleh isi

minyak, boleh antar ke

tempat keje. Nafkah

zahir boleh bagi, bukan

nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto

kapcai dah cantek. honda

EX5 orait sangat la tu

dengan 2 helmet. Basikal

pun boleh, tapi penat

kayuh kalau dari Bangsar

ke KLIA. Sebaik-baiknya

kereta, sebab nanti nak

bawa isteri yang

mengandung ke klinik

setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain

sekolah rendah.

Maknanya boleh mandi

wajib dengan baik dan

boleh ajar isteri mandi

wajib dengan betul,

apatah lagi mandi-mandi

yang lain.

5. Boleh baca al-Quran

dan boleh mengajar al-

Quran walaupun setakat

“Alif Ba’ Ta’” sampai

Surah “Iqra’

Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati

baik, tak menipu. Tadelah

sampai menipu kata nak

pergi Mydin tapi pergi

mengorat jiran taman

sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu

paham dia. Paham jiwo

gitu. Serasi bersama.

Berbeza tapi boleh

masuk.

8. Gedik joget-joget pun

depan bini dan anak-anak

je. Depan orang lain

sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta

sangat. Cemburu macam

ni ok, “Ehemm..ramainya

kawan laki kat opis..

Jangan sampai lupa abang

taw..”

10. Belajar takat PMR je

pun takpe, janji cara dia

fikir tu matang dari yang

belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam

tak delah sampai orang

kata tak bergaul dengan

manusia lain. Kalau dia

banyak bercakap pun

tadelah sampai dia

mengata-ngata orang

lain.

12. Malas juga ke masjid,

tapi dia pergi gak dalam

sehari tu 2 kali sekurang-

kurangnya Maghrib dan

Isyak.

13. Walaupun tak kerap

ke kuliah agama, tapi bila

tengok Youtube Ustaz

Azhar Idrus ngajar tu

sampai terlupa nak

tengok bola. Jika ada

kuliah di masjid muka

dialah ada di antara

orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang

bersama. Kalau isteri

nangis, dia tolong riba

isteri dan tenangkan.

Kalau isteri sakit, dia

tolong jaga dari malam

sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat

awek cuns, duk tengok

bini dia je walaupn bini

dia tak cuns (Tak cun tak

pe, boleh tutup lampu –

(Ustaz Azhar Idrus)

No comments: